08 Desember 2017

KM Sri Aman Aset Terbaru APMM Sarawak

08 Desember 2017


KM Sri Aman 4542 (all photos : APMM)

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menambah satu lagi aset kapal perondanya hari ini dengan pengoperasian ‘Kapal Ronda Generasi Baharu’ (NGPC) yang dinamakan KM Sri Aman.

Majlis perasmian pengoperasiannya yang berlangsung di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (Komtas) di Muara Tebas, kira-kira 25km dari sini disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar berkata kapal peronda ini merupakan yang kedua daripada enam buah yang dibina untuk APMM oleh syarikat tempatan berpangkalan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Kapal NGPC pertama KM Bagan Datuk, disiapkan sekitar Mac lepas, dan baki empat kapal ronda dijangka akan disiapkan secara berperingkat, dengan kapal keenam dijangka siap pada suku pertama 2019.



Zulkifli berkata pengoperasian kapal ini merupakan cerminan komitmen dan inisiatif kerajaan dalam memastikan kepentingan dan keselamatan laut Malaysia terpelihara, apabila aktiviti penguatkuasaan APMM sentiasa diperhebatkan.

“Cabaran utama yang perlu ditangani oleh APMM adalah ancaman seperti jenayah rentas sempadan, keganasan maritim, ‘illegal salvaging of wrecks’, dan pengeksploitasian sumber laut secara haram,” katanya.

Beliau berkata dengan tanggungjawab besar yang dipikul APMM sebagai agensi tunggal penguatkuasaan maritim dan cabaran alaf baharu yang dihadapi, perolehan NGPC adalah bertepatan pada waktunya bagi membolehkan semua tugas pengawalan dan penguatkuasaan APMM dilaksanakan dengan lebih efektif di kawasan perairan Malaysia.



Menurutnya kapal NGPC akan memberikan pulangan modal kepada kerajaan secara umumnya dan kepada APMM secara khususnya, terutama dengan adanya program kolaborasi industri yang melibatkan pemindahan teknologi, pengetahuan dan latihan berkaitan dengan kapal NGPC oleh syarikat yang dilantik.

Sementara itu APMM Wilayah Sarawak berharap agar satu daripada tiga kapal ronda luar pesisir pantai (OPV) yang dibekalkan kepadaa APMM, akan ditempatkan di kawasan perairan Sarawak.

Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Ismaili Bujang Pit berkata kawasan perairan Sarawak yang luas, merangkumi 239,605km persegi atau 39 peratus daripada kawasan perairan Malaysia memerlukan aktiviti pengawasan sentiasa ditingkatkan bagi mencegah pencerobohan nelayan asing ke kawasan perairan Malaysia. 

(Bernama)

21 komentar:

  1. WoooOOwwWW... sangat2 hebat sekali...
    konon Kata'y kapal ini tahan bile nambrak karang. malah karang'y yg Hancur lembur kena ini kapal.

    Nb : Serawak Masuk Negara mana??

    BalasHapus
    Balasan
    1. Kerajaan malonesia memang terhuibat di dunia dan akherat

      Hapus
  2. 6 buah NGPC dilihat untuk memantau kawasan pesisir laut manakala 3 buah OPV yang dalam perancangan pembinaan kelak beroperasi dikawasan laut lepas...

    apa yang menarik NGPC ini adalah penggunaan UAV untuk pemantauan yang lebih luas dan jarak lebih jauh....

    BalasHapus
  3. Maklumat berkaitan NGPC Maritim Malaysia.

    https://defense-studies.blogspot.my/2017/08/km-bagan-datuk-mula-pelayaran.html

    BalasHapus
  4. Keren juga....kecil tapi kompak&lengkap, ada kanon, uav dan rhib.

    Tapi geladak kapalnya ga terlalu rendah tuh...

    BalasHapus
  5. Terlalu ceper mas kapalnya. Kayane bahaya kalau kena ombak dan topan besar seperti case KRI Sibarau kemaren.. modelnya mirip2 ini.

    Tinggiin lagi lah dinding kapalnya tambah 1 meteran supaya kuat. Imho.

    BalasHapus
    Balasan
    1. setau ane, jenis kapal ini hanya untuk persisir pantai yg nga lebih 20nm sahaja..

      Hapus
    2. Well....ombak kan ga pernah belajar ilmu bumi om, mana bisa dia bedain pesisir dan laut lepas

      Hapus
    3. Mungkin memang dirancang khusus berlayar di sungai dan parit mas hari kalo lg gelombang tinggi. Kita kan gak pernah tahu seberapa jeniusnya org2 sebelah situ.

      Hapus
    4. kerana itu fungsinya UAV ia akan beroperasi memantau jarak yang lebih jauh dan lebih luas dibantu oleh kapal itu sendiri.... rasanya pihak pembina sudah jelas keadaan ombak yang bakal boleh dilalui oleh kapal ini...pastinya kajian sudah dibuat terlebih dahulu sebelum kapal ini dibina...

      Hapus
    5. kami mmg tak genius pasal kamu saja yang "Paling" genius dalam sini.... peace bro...

      Hapus
    6. Boleh tahu spesifikasinya bagan datuk class Om Gempur...?

      Hapus
    7. harap info ini membantu bro Panji

      https://www.naval-technology.com/projects/km-bagan-datuk-class-patrol-craft/

      Hapus
  6. SELAMAT DATANG DI WWW.WSD4D.COM
    Togel Online | Togel SGP | Togel HKG | Judi Online | Judi Bola
    1 USER ID UNTUK SEMUA GAME
    - SPORTSBOOK
    - TOGEL
    - 6 GAME POKER
    - Casino
    - Sabung ayam
    - Tangkas
    - Slotgame
    - Habanero
    - Tembak ikan
    - Batu goncang
    - dan game lainnya

    BONUS YANG MENARIK DARI WSD4D(.)COM
    - BONUS NEW MEMBER 100% SPORTSBOOK
    - BONUS NEXT DEPOSIT 10%
    - BONUS DEPOSIT 30% SPORTBOOK
    - BONUS DEPOSIT SETIAP HARI UP TO 20,000
    - DISKON TOGEL 2D : 29% | 3D : 59% | 4D : 65%
    - BONUS CASHBACK UP TO 15% SPORTSBOOK
    - BONUS CASHBACK SABUNG AYAM 5% UP TO 10%
    - BONUS CASHBACK GAMES & TANGKAS 20%
    - LIVE CASINO ROLLINGAN 0,8% (NO LIMIT)
    - BONUS ROLLINGAN POKER & DOMINO 0,3%
    - BONUS REFFERAL 2%

    MIN DEPO & WD CUMA Rp.50.000,-
    BCA - MANDIRI - BRI - BNI - DANAMON
    UNTUK INFORMASI SELANJUTNYA BISA HUB KAMI DI :
    LIVECHAT WSD4D(.)COM YANG ONLINE 24 JAM
    Pin BBM : D887ECDB
    LINE : wsd_4d
    WECHAT : wsd_4d
    SKYPE : VINA WSD
    WA : +855964903955

    Togel Online
    Slot Games
    Live Casino
    Sportsbook
    Sabung Ayam
    Poker & Domino

    BalasHapus
  7. Balasan
    1. Hehehe.... ntar ada yg panas hati lho bro

      Hapus
  8. dengar citer kapal nie nak buly 200 kapal nelayan cina...betol ke????

    BalasHapus